Sahabat Blogger..Follow taw..:)
Friday, October 14, 2011
Dah Lapuk Tapi Nak Gak!Ade ak Kisah?
Saturday, October 8, 2011
Alahaaai POSTING
Tuesday, June 7, 2011
' Aku nk MATI jika cukup amal '
Malangnya, kemudian kita terleka kembali dengan dunia.
- Dunia itu racunnya dan zahid itu ubatnya.
- Harta itu racunnya dan zakat itu ubatnya.
- Perkataan yang sia-sia itu racunnya dan zikir Allah itu ubatnya.
- Seluruh umur itu racunnya dan taat itu ubatnya.
- Seluruh tahun itu racunnya dan Ramadan itu ubatnya.
Sabda Nabi S.A.W.:
Akan datang kasih mereka lima perkara dan lupa mereka lima perkara:
- Kasih mereka kepada hidup — lupa mereka kepada mati.
- Kasih mereka kepada harta — lupa mereka kepada hisab.
- Kasih mereka kepada mahligai — lupa mereka kepada kubur.
- Kasih mereka kepada dunia — lupa mereka kepada akhirat.
- Kasih mereka kepada makhluk — lupa mereka kepada Allah.
Apabila hampir mati seseorang hamba Allah maka terbahagilah dia kepada lima bahagi.
- hartanya untuk warisnya.
- nyawanya untuk Malaikal Maut.
- dagingnya untuk ulat-ulat.
- tulangnya untuk tanah.
- amalan dan kebajikannya untuk orang yang dianayainya. ,
Apabila bercerailah nyawa dari badan maka terdengarlah seruan dari langit tiga kali:
- Hai anak Adam, adakah engkau tinggal dunia atau dunia tinggalkan engkau?
- Hai anak Adam, adakah engkau himpun dunia atau dunia himpunkan engkau?
- Hai anak Adam, adakah engkau bunuh dunia atau dunia bunuhkan engkau?
Apabila dihantar ke tempat mandi berserulah suara dari langit tiga kali:
- Hai anak Adam, di manakah badan engkau yang kuat mengapa jadi lemah?
- Hai anak Adam, di manakah lidah engkau yang pitah bercakap mengapa diam?
- hai anak adam di manakah kekasih engkau mengapakah jadi mulia rakan engkau?
Apabila dibawa ke atas kain kapan maka menyerJah suara dari langit tiga kali:
- Hai anak Adam, engkau herjalan kepada perjalan yang jauh dengan tidak berbekal?
- Hai anak Adam, engkau keluar dari rumah tiada akan engkau kembali selama-lamanya?
- Hai anak Adam, engkau tinggal segala kenderaan maka tiada engkau kenderai selama-lamanya? dan engkau berpindah kepada negeri yang huru hara!
Apabila manyat dibawa di atas perusung (keranda) maka menyerulah suara dari langit tiga kali:
- Hai anak Adam amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika kamu menjadi seorang yang bertaubat.
- Hai anak Adam amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika amal mu baik.
- Hai anak Adam amat beruntuglah (bahagialah) kamu jika sahabat mu dalam keredaan Allah — dan amat rugilah (celakalah) kamu jika sahabat mu orang yang dimurkai Allah.
Apabila mayat diletakkan untuk disembahyangkan maka menyerulah suara dari langit tiga kali:
- Wahai anak Adam segala amal mu yang telah kamu lakukan akan kamu lihat.
- Wahai anak Adam, jika amal mu itu baik kamu akan lihat baik.
- Wahai anak Adam, jika amal mu itu buruk maka kamu kan lihat buruk.
Imam Annas bin Malik Radziyallah Anhu berkata, bahawa bumi setiap hari berkata:
- Wahai anak Adam, kamu berjalan di atas ku, kamu akan kembali ke dalam perut ku (kubur).
- Hai anak Adam, kamu berbuat maksiat dan dosa di atas ku, dan kamu akan disiksa di dalam perut ku (kubur).
- Kamu bergurau di atas ku, dan kamu akan menangis di dalam perut ku (kubur).
Wallahualam…”sesungguhnya mati itu pasti”
Wednesday, May 18, 2011
Tabiat Buruk Korang Ape?
Tuesday, May 17, 2011
Peneman Tido?
10 Sebab Kenapa Perempuan Bertudung
1. Sebab dia memang beriman dan ikut suruhan-Nya , lillahita'aala.
2. Sebab dia ikut mak dia, family dia sume pakai tudung.
3. Sebab dia takut masyarakat/orang kampung kutuk dia
4. Sebab dia rambut dia tak cantik.so tudung sebagai pelindungnya? bila dah rebonding,boleh
tanggal balik = p
5. Dia tak reti sikat rambut.tudung sebagai fesyen.
6. Dia malas nak sikat rambut, so pakai aje la tudung. So kesah ape sama rambut.
7. Dia anggap tudung mencantikkan penampilan dia.
8. dah pegi haji beb..kena pakai 'tudung' sket..nnti org mengata kita pulak.
9. Peraturan bekerja kena pakai tudung.ala.. sabtu ahad x apa kalau x pakai.
10. Menunjuk la sket. sbb dia cantik dan dikagumi ramai.
Heh! Atau mungkin banyak kutu? Hehehe. Ramai perempuan sekarang anggap tudung ni macam fashion je kan? Tak pun bila rasa nak kahwin dengan artis yang alim-alim dan botak, baru nak bertudung. Siapa la tu kan? Dapat mimpi konon. Yappodaaa!!!
NOTAKAKI : copy paste je nie...;p
Sunday, May 15, 2011
Walau Kita Terpisah Jauh.....
NOTAKAKI : best lagu nie....sedih pun ade gak..hehe..^_^
Hang Out With my sis n friend
Weekends
Monday, April 25, 2011
Berukband dasar Beruk!
Halfday Jadi Full Day?
Sunday, April 24, 2011
Upss..Jerawat Datang Lagi..!
Upss...besok ade interview tau..ni..jerawat ni..kat hidung lak tu..mane nk sorok?sorok dalam baju boleh tak?haih...potong stim betul la jerawat ni..time ni pulak dia nak keluar..memang cari pasal naaa...siap la nanti..ok..
Nape terjadinya jerawat ekh??
Jerawat adalah masalah anak muda tetapi ia juga melibatkan orang dewasa. Jerawat terjadi bila kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya di muka , dada dan belakang iaitu kawasan yang mempunyai banyak bulu roma.
Liang minyak yang tersumbat akan menjadi bintik putih jika ia terjadi di bawah kulit atau bintik hitam jika di lapisan luar kulit. Kulit akan menjadi kemerahan jika radang terbentuk di sekeliling liang tersebut.
Lebih besar kawasan radang lebih mudah terbentuk nanah dan akan meninggalakan parut jerawat jika tiada perawatan dan ubat yang sesuai. Menghilangkan parut jerawat lebih sukar bila perawatan diabaikan.
Wajah muka yang penuh dengan parut jerawat sudah tentu menghilangkan seri dan keyakinan diri.
Punca jerawat.
- Faktor hormon terutama untuk perempuan dalam lingkungan umur subur adalah punca utama masalah jerawat. Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 'an.
- Faktor seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan.
- Penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12.
- Kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak memberi masalah jerawat di kulit.
- Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.
- Terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas.
Kebanyakan jerawat akan hilang sendiri jika kulit sentiasa bersih dan sihat. Tetapi sesetengahnya boleh menjadi teruk dan kronik.
Petua dan cara menghilangkan jerawat dan mengurangkan masalah darinya.
- Bahan paling mudah untuk mengeringkan jerawat adalah krim yang mengandungi Benzoyl peroxida. Dalam kepekatan 5 atau 10 peratus ia mengering dan memudahkan sumbatan liang minyak tanggal. Kesannya boleh dilihat dalam tempoh empat hinga enam bulan.
- Basuh kulit setiap hari tapi jangan terlalu kasar atau kerap.
- Gunakan pencuci kulit muka yang lembut dan air. Pencuci yang mengandungi granule boleh juga digunakan.
- Cuba elakkan sauna muka kerana ia mungkin menjadikan jerawat bertambah teruk.
- Jaga pemakanan anda. Elakkan makanan yang mungkin membuat jerawat lebih teruk. Setiap orang mempunyai alahan kepada jenis makanan yang berlainan dari orang lain.
- Dapatkan rehat yang cukup kerana jerawat mungkin timbul dari perasaan tertekan, ber masalah dan badan yang letih.
- Memakai pakaian bersenam atau harian yang longgar. Memakai pakaian ketat, tudung atau headband ketat dari kain yang tidak meresap peluh menambahkan pengeluaran minyak dan risiko jerawat dari kulit berminyak.
- Pilih fesyen rambut yang tidak terlalu menutup wajah dan jaga rambut supaya tidak berminyak yang biasanya datang dari kulit kepala yang kuat berpeluh. Penggunaan bahan penjagaan rambut berminyak harus dielak. Ikat rambut ketika tidur supaya tidak menutup muka.
- Guna mekap muka berasaskan air. Beli mekap yang "noncomedogenic" atau "nonacnegenic".
- Basuh mekap sebelum tidur. Jangan terlalu banyak menggunakan pelembab kulit muka terutamanya waktu malam.
- Elak cahaya ultra ungu matahari atau lampu. Pendedahan yang melampau atau lama merosakkan kulit dan lapisan kulit akan menjadi tua premature dan menutup liang sebum.
- Jangan picit jerawat kerana ia akan menambahkan radang pada kulit dan kulit akan menjadi berlubang dan berparut.
Rawatan Untuk Jerawat.
- Liang yang tersumbat harus dibuka.
Ini boleh dilakukan menggunakan produk jerawat yang membuang lapisan atas kulit seperti asid glycolic (alpha hydroxy acid-AHA, poly hydroxy acid-PHA), asid salisilik, benzoyl peroxide atau retinoic acid dalam bentuk cream, lotion atau cecair. Selain menghilangkan jerawat baru, penggunaan berterusan boleh juga menghilangkan parut jerawat. - Mengurangkan jangkitan bakteria.
Menggunakan ubat antibiotik "oral" seperti tetracycline, erythromycin boleh dimulakan jika rawatan awal untuk jerawat tidak berkesan. Antibiotik dalam bentuk krim seperti clindamycin dan lain-lain boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat yang baru jika tidak mahu menggunakan ubat antibiotik "oral". - Mengurangkan aktiviti kelenjar minyak.
Ia boleh juga dilakukan untuk merawat jerawat. Ubat yang biasa digunakan adalah seperti estrogen dan isotretinoin.
Tak sabar nak tengok..
Terus Bertahan atau Berpisah?
1. Yang diingat hanya perkara buruk
Bukannya membayangkan hal romantik bersama si dia, tetapi anda jadi menyampah setiap kali teringat kekasih anda. Di mata anda, sikapnya selalu menyakitkan hati.
2. Tiada kejujuran
Tanpa disedari anda selalu melakukan penipuan. Saat si dia mengajak berdating, anda lebih suka berkumpul dan berhibur dengan kawan-kawan atau mengatakan anda tak sihat pada kekasih. Anda juga sudah mula pandai mencari alasan untuk mematikan kata-kata ketika si dia menelefon anda.
3. Hubungan mendatar
Anda selalu mengelak sekiranya kekasih mula membincangkan tentang masa depan. Anda juga tak boleh membezakan samada belum bersedia atau memang merasa tak serasi dengannya sehingga masih belum yakin akan mengakhiri hubungan ke jinjang pelamin dengannya.
4. Rindu? Tak pernah!
Ketika anda sedang bersama dengannya, kekasih anda itu tak pernah ada dalam fikiran anda. Bahkan, tak ada rasa rindu yang membuat anda ingin menghubunginya.
5. Tidak memenuhi kriteria
Memang tak ada mahluk yang sempurna, tapi entah mengapa anda seperti kurang yakin atau tak bersedia untuk memperkenalkan kekasih anda kepada keluarga atau kawan-kawan anda. Sikap tersebut mungkin kerana perbezaan keyakinan, penampilan, atau pendapat.
6. Tak ada getaran
Anda seperti tak rasa apa-apa walaupun si dia berusaha bersungguh-sungguh untuk membahagiakan anda dengan pelbagai cara.
7. Tak cemburu
Anda tak pernah cemburu ketika kekasih anda keluar dengan perempuan lain atau asyik bersembang di telepon dengan perempuan lain.
8. Anda tertarik pada lelaki lain
Anda baru sahaja berkenalan dengan seorang lelaki dan entah kenapa anda rasa serasi dan selesa bersamanya dan berharap lelaki tersebut masih belum berpunya.
9. Tak bergairah
Anda selalu mengelak untuk bermesra dengannya. Jangankan dicium, jalan sambil berpegangan tangan pun anda rasa malas dan rimas. semakin lama, keinginan untuk bersama dengannya pun hilang.
10. Cetuskan konflik
Hubungan yang mendatar, tanpa konflik boleh mendatangkan rasa bosan. Perkara inilah yang sekarang anda rasakan. Akibatnya anda jadi mudah mencetuskan konflik dan selalu mencari masalah untuk menjadikan pertengkaran.
NOTAKAKI : Tidak ku minta jadi begini...berpisah jua kita akhirnya..aku sendiri tidak mengerti...sungguh pilu dihatiku...:(