Sahabat Blogger..Follow taw..:)

Tuesday, December 21, 2010

Jom Bermadah.....;)

"Perjalanan hidup ini tidaklah seindah impian dan harapan. Seandainya kita menyedari hakikat kehidupan pasti diri kita tidak tenggelam dalam khayalan. Impian dan harapan yang keterlaluan sehingga lupa pada qada dan qadarnya."

"Berlumba-lumbalah kamu mencari ilmu pengetahuan bererti kamu berlumba-lumba mencari kesenangan hidup dan berbahagia di hari muka."

"Untuk membina sebuah persahabatan terkadang mengambil masa bertahun-tahun lamanya. Tetapi untuk memusnahkannya terkadang waktu tidak sampai sesaat pun. Untuk itu jujur dan ikhlas adalah kunci dalam setiap persahabatan."

"Kejayaan itu adalah milik semua orang. Pengorbanan, masa dan sentiasa mengambil peluang untuk berusaha bersungguh-sungguh adalah jalan kearah destinasi kejayaan. Ingatlah jika kita tidak tahu ke mana arah yang hendak dituju, maka kita seperti daun kering yang di terbangkan oleh angin."

"Orang yang paling dibenci ALLAH ialah orang yang suka bersengketa."

"Orang yang banyak berkata akan banyak silap dan orang yang banyak silap akan banyak dosa dan orang yang banyak dosa adalah neraka lebih layak untuknya."

"Barangsiapa memaafkan kesalahan orang islam, nescaya dimaafkan ALLAH kesalahannya di hari kiamat."

"Insan yang sentiasa berurusan dengan jalan ALLAH sentiasa merasakan hidup ini terlalu mudah dan indah. Sesuatu halangan itu tidak dianggap sebagai masalah sebaliknya sebagai dugaan ALLAH untuk menguji iman mereka."

"Ilmu pengetahuan tanpa agama akan menjadi pincang, agama tanpa pengetahuan akan menjadi buta."

"Tuhan memberikan akal kepada manusia, yang membezakan daripada binatang. Dengan akal, manusia dapat mengenal tuhan, dengan akal juga manusia dapat mempertimbangkan baik dan buruk. Tanpa akal manusia seperti binatang."

"Jangan menbuang waktu dengan menanti. Sesungguhnya menanti itu biasanya diiringi dengan kemalasan."

"Tidak semua yang kita ingini mampu kita perolehi sebagaimana tidak semua yang kita perolehi adalah yang kita inginkan."

"Ilmu itu di dalam dada bukan di tulisan."

"Walaupun tiada seorang yang melihat apa yang anda kerjakan ketahuilah bahawa tuhan melihatnya.
"Perasaan merendah diri itu sangat aneh. Ketika merasa yang kita mempunyainya, kita kehilangannya."

"Yang penting ialah apa yang terjadi dalam diri kita bukan kepada diri kita."

"Hadapilah sesuatu apabila ianya mendatang. Tetapi cuba jadikan sesuatu supaya ia datang seperti mana anda suka menghadapinya."

"Dia yang tidak boleh memaafkan orang lain menjahanamkan jambatan yang mesti dilaluinya sendiri.
p/s : Renung-renungkanlah.....dan selamat beramal...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...