1. Yang diingat hanya perkara buruk
Bukannya membayangkan hal romantik bersama si dia, tetapi anda jadi menyampah setiap kali teringat kekasih anda. Di mata anda, sikapnya selalu menyakitkan hati.
2. Tiada kejujuran
Tanpa disedari anda selalu melakukan penipuan. Saat si dia mengajak berdating, anda lebih suka berkumpul dan berhibur dengan kawan-kawan atau mengatakan anda tak sihat pada kekasih. Anda juga sudah mula pandai mencari alasan untuk mematikan kata-kata ketika si dia menelefon anda.
3. Hubungan mendatar
Anda selalu mengelak sekiranya kekasih mula membincangkan tentang masa depan. Anda juga tak boleh membezakan samada belum bersedia atau memang merasa tak serasi dengannya sehingga masih belum yakin akan mengakhiri hubungan ke jinjang pelamin dengannya.
4. Rindu? Tak pernah!
Ketika anda sedang bersama dengannya, kekasih anda itu tak pernah ada dalam fikiran anda. Bahkan, tak ada rasa rindu yang membuat anda ingin menghubunginya.
5. Tidak memenuhi kriteria
Memang tak ada mahluk yang sempurna, tapi entah mengapa anda seperti kurang yakin atau tak bersedia untuk memperkenalkan kekasih anda kepada keluarga atau kawan-kawan anda. Sikap tersebut mungkin kerana perbezaan keyakinan, penampilan, atau pendapat.
6. Tak ada getaran
Anda seperti tak rasa apa-apa walaupun si dia berusaha bersungguh-sungguh untuk membahagiakan anda dengan pelbagai cara.
7. Tak cemburu
Anda tak pernah cemburu ketika kekasih anda keluar dengan perempuan lain atau asyik bersembang di telepon dengan perempuan lain.
8. Anda tertarik pada lelaki lain
Anda baru sahaja berkenalan dengan seorang lelaki dan entah kenapa anda rasa serasi dan selesa bersamanya dan berharap lelaki tersebut masih belum berpunya.
9. Tak bergairah
Anda selalu mengelak untuk bermesra dengannya. Jangankan dicium, jalan sambil berpegangan tangan pun anda rasa malas dan rimas. semakin lama, keinginan untuk bersama dengannya pun hilang.
10. Cetuskan konflik
Hubungan yang mendatar, tanpa konflik boleh mendatangkan rasa bosan. Perkara inilah yang sekarang anda rasakan. Akibatnya anda jadi mudah mencetuskan konflik dan selalu mencari masalah untuk menjadikan pertengkaran.
NOTAKAKI : Tidak ku minta jadi begini...berpisah jua kita akhirnya..aku sendiri tidak mengerti...sungguh pilu dihatiku...:(
No comments:
Post a Comment